Tentang Blog

Assalamualaikum w.b.t.

Kami merupakan pelajar semester 2 dan mengambil program ISMP ERT di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). 

 Kami terdiri daripada 4 orang ahli kumpulan iaitu :
  1. 'AINUL HAYAT BINTI MOHD ZAID
  2. FADHILAH BINTI MOHD ISA 
  3. NORFARAHIN BINTI SOLEH
  4. NUR MUNIRAH BINTI SURAINI

Blog ini diwujudkan kerana kami ditugaskan untuk menghasilkan satu Kit Pembangunan Sahsiah atau dikenali sebagai A Personality Development Kit  for Excellent Teacher. Kit Pembangunan Sahsiah ini bertujuan untuk meingkatkan kesedaran  kepada bakal guru dan guru-guru tentang kepentingan mempuk ciri-ciri peribadi yang murni dalam usaha menghasilkan pelajar yang holistic dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Tujuan penghasilan blog adalah untuk :
  • Mengaplikasikan kefahaman pelajar tentang apa yang telah dipelajari dalam kuliah.
  • Meningkatkan pembacaan pelajar tentang isu berkaitan pembangunan sahsiah guru 
  • Memupuk kreativiti pelajar dalam merekacipta sesuatu produk.
  • Memberi maklumat/panduan/kesedaran kepentingan memiliki ciri peribadi murni dan cemerlang dalam kalangan guru.
Bagi memastikan tugasan kami ini dapat memberikan yang terbaik, kami menyaran kepada sesiapa yang datang melawat ke blog ini terutama kepada bakal guru atau guru-guru untuk memberikan pandangan, cadangan atau komen sebagai penambahbaikkan di dalam tugasan ini.



Kerjasama anda amat kami hargai. Sekian terima kasih :)

No comments: