![]() |
sumber : http://www.abgteror.com/ekslusif-pelajar-oku-jadi-mangsa-terbaru-penderaan-guru-kepala-dihentak-ke-meja/
Artikel yang dipilih ialah
berkaitan dengan kes seorang guru sekolah mendera muridnya iaitu seorang pelajar cacat penglihatan, Wan Nur Dania Wan Rohaizit, 10 . Kejadian ini berlaku di Sekolah
kebangsaan Seksyen 20. Hal ini berlaku kerana pelajar terbabit gagal
untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru berkenaan. Guru terbabit
telah menghentak kepala Wan Nur Dania sebanyak empat kali, disamping
mencubit dan memukul pelajar tersebut sehingga lebam. Guru tersebut
memberikan alasan bahawa tindakannya itu adalah teknik pengajaran yang
berkesan supaya pelajar cepat pandai.
Pada pandangan saya, perkara seperti ini amatlah tidak wajar untuk dilakukan oleh seorang insan yang bergelar guru. Malah alasan yang diberikan oleh guru tersebut tidak boleh diterima sama sekali. Walaupun pelajar tersebut tidak dapat menjawab soalan yang diberikan, tindakan sebegitu tidak sepatutnya berlaku dan lebih mengecewakan pelajar terserbut merupakan kanak-kanak istemewa. Saya berasa amat terkilan dengan tindakan guru tersebut yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sebagai seorang guru, sepatutnya beliau memahami dan cuba membantu pelajar tersebut untuk menjawab soalan daripada menghukum pelajar tersebut.
Terdapat pelbagai teknik pengajaran yang berkesan untuk membantu murid semasa di dalam kelas. Tindakan menghukum yang melampau seperti itu bukanlah teknik pengajaran tetapi dianggap sebagai penderaan kepada pelajar. Sebagai seorang guru, guru berkenaan sepatutnya tahu teknik pengajaran yang betul untuk membantu pelajar dalam pelajaran supaya mereka lebih peka dan mahir dalam menjawab soalan.
Guru dianggap sebagai golongan profesional, justeru tindakan mereka seharusnya mempamerkan sifat profesinalisme yang tinggi supaya dapat menjadi contoh dan teladan kepada anak-anak murid. Menurut Abu Bakar Nordin (2003),
peribadi dan sahsiah seorang guru akan menentukan kedudukannya di mata
masyarakat. Oleh itu, para guru seharusnya menjaga nama baik profesion perguruan supaya tidak dipandang enteng oleh masyarakat kerana kes-kes seperti ini berlaku.
|
Monday, 14 April 2014
Ulasan Berkenaan Artikel Pelajar OKU Jadi Mangsa Penderaan Guru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment